Ala..sikap kak tu sama je macam orang lain.. kata ani pada ija..
ani..kenapa cakap macam tu.. ala,betul la.. cuba kau tgk pakaian dia, jarang je.. sedangkan dia minta kita tutup aurat,dalam usrah bukan main lagi die nasihat kita...huh! pandai cakap je,tapi habuk pun tiada...
Perubahan? Itu lah perkara yang paling hangat di persoalkan oleh semua orang.. tidak ada retorik yang diperkatakan melainkan perubahan. PEMIMPIN mahu cetuskan perubahan..
Semua orang inginkan perubahan, sama ada perubahan itu kerana ”terpaksa” kerana di hentam alumni atau mantan akibatnya berubah bertukar menjadi rebah..ermm.. atau perubahan yang ingin dilakukan kerana ’rela’ iaitu kerana ALLAH.. pokoknya semua inginkan perubahan.
Kita mengaku kita mencontohi Rasullullah, tapi mengapa kita Cuma mengambil mana yang untuk kepentingan diri sahaja,kenapa tidak kita ambil keseluruhannya.. dari segi cara makan, cara bercakap, cara menghadapi musuh dan merujuk pada perbincangan kita .. mengapa kita tidak belajar daripada rasullullah s.a.w untuk melakukan perubahan. Bukan kah kita akui rasulullah itu role model dalam kehidupan?
Cuba kita celik semula kepada sejarah, arab jahiliah ketika itu mempunyai masalah ekonomi contohnya berbalahan sesama sendiri, kalau ekonominya pula dimonopoli orang yahudi, sosial seperti perzinaan,rogol minum arak dan bunuh anak perempuan tu perkara biasa dah.. tapi adakah Kita lihat bagaimana Rasulullah s.a.w menggunakan kaedah daripada ALLAH untuk mengubah manusia?. Baginda tidak mengubat ’penyakit –penyakit’ itu pada kesannya tetapi terus pada puncanya.
Baginda yakin kegawatan yang bersifat lahiriah itu adalah hasil daripada ”sakitnya” 3 elemen dalaman manusia iaitu
Akal yang jahil
Hati yang keras
Nafsu yang liar
Inilah punca kejahatan manusia. Menyedari hakikat itu, Rasulullah memulakan perubahannya dari dalam ke luar atau bahasa orang kampung saya from inside to outside.. hihihi.. bukan nya dari luar ke dalam..not outside to inside.
Kita lihat physcology ALLAH turun kn Alquran..mana ada awal-awal pengisian Alquran bercerita tentang dilarang minum arak, dilarang berzina..tapi semua berkisar tentang tauhid..berperingkat-peringkat . ayatnya juga pendek-pendek... bergitulah rasulullah,13 tahun baginda menangani elemen dalaman dengan wahyu di peringkat Makkiyah. Semuanya berkisar tentang iman,menerangkan kebesaran,keesaan,dan keagungan serta keindahan ALLAH.dan turut mengambarkan nikmat syurga dan seksa neraka.
Rentetan dari punca tadi, Kejayaan mengubah manusia banyak bergantung kepada faktor pengubah,iaitu individu yang mengubah itu sendiri. Jesteru pemimpin atau sesiapa sahaja yang ingin mengubah sikap orang lain mestilah menjadi teladan kearah perubahan. JADI,BERUBAHLAH UNTUK MERUBAH ORANG LAIN!
Rasulullah s.a.w kenapa baginda berjaya mengubah manusia.... jawapannya kerana baginda terlebih dahulu menjadi qudwah hasanah. Kita lihat sahaja contoh yang di beri sama ada seruan,pendidikan mahupun pimpinannya. Hanya orang yang berjaya mengubah sikapnya terlebih dahulu, barulah kita boleh berjaya mengubah orang lain. Hal ini kerana manusia lebih mempercayai mata daripada telinga..maksudnya.. cakap kita yang di dengar manusia akan menjadi hambar sekiranya sikap kita yang di pandang amat tercemar.. seperti kisah ani dan ija yang saya berikan tu..
Dua faktor perubahan...pertama formula perubahan. Kedua, pemimpin perubahan,perlu ditangani secara serius sekiranya kita benar-benar ingin berubah.. kita kena sedar walau di pelusuk bumi mana kita berada..sedarlah hakikat ini dan mulalah menelusuri kaedah
Rasulullah s.a.w ini untuk berubah..
insyaALLAH,mukadimah yang tepat pasti memberikan kita natijah yang baik..aminnn..
No comments:
Post a Comment