Wednesday, March 10, 2010

Sedekah Amalan pembuka pintu syurga



Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang asar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. "Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sesenpun." Fatimah menyahut sambil tersenyum, "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta'ala." "Terima kasih," jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih.

Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?" Ali menjawab dengan hairan. "Ya betul. Ada apa, Tuan?". Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya." Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.

Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan keperluan sehari-hari.

Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.

Pada waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita."


Pengajaran :

1) Kesopanan dan ketaatan Fatimah terhadap Ali suaminya perlu dicontohi wanita masakini

Firman Allah dalam surah An-Nisa' 34:

"Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya),"

Sabda Rasulullah SAW:

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

"Wanita yang mati dalam keredhaan suaminya redha (tidak marah) padanya, nescaya ia masuk syurga."

2) Keyakinan dan kesabaran sebenar terhadap rezeki Allah yang ditunjukkan Fatimah dapat memberi ketenagan dan ketenteraman dalam hadapi setiap ujian (demi mendapat akhirat). Hakikatnya manusia akan mendapat ganjaran tambahan di dunia bagi mereka yang mengejar akhirat sebagaimana janji Allah;

Firman Allah dalam surah Asy Syura:20;

"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya (di dunia) dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak."

3) Walau dlm keadaan sngt susah, Ali tetap tidak meninggalkan kewajipannya menunaikan solat berjemaah dalam penuh ketenangan dan bersabar. Inilah ketaqwaan sebenar seorang muslim dan semestinya hasil taqwa ini akan memberi impak pada perjalanan hidup dalam keadaan tidak disangka-sangka.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:153;

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."

Firman Allah dalam surah At Thalaq:2-3;

"sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."


Hadis Rasulullah SAW kepada Ibn Abbas:

"Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai
anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau
meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan
dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang
memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu
dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran
telah kering (dakwatnya). "

4) Menjadikan sedekah sebagai amalan ikhlas membuatkan Allah kasih kepada kita dan akan memperluaskan bagi kita akan pintu rezki yang berlipat ganda sejak didunia lagi dan sekaligus pintu syurga kelak.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:245;

"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. "


Firman Allah dalam surah Al-Hadid:18;

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."

Firman Allah dalam surah Ali Imran:180;

"Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."

Hadis Rasulullah SAW:

"Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain (bersedekah)

Thursday, March 4, 2010

Pesan mu amat ku hargai...

langkah ku hari ini dirasakan sangat luar biasa berbanding hari semalam. Sendirian anak kecil duduk di meja belajar memikirkan bagaimana sebenarnya muslimat yang baik,solehah dan mendapat syurga...
lantaran itu mata anak kecil tertumpu pada sehelai kertas hijau dihelaian kertas tutorial... anak kecil terasa bersalah pada diri. Terlalu banyak dosa anak kecil... terasa malu manghadap ALLAH S.W.T.. Teringat pula peristiwa bertukar ilmu dengan kak mahira...ALLAH..rindunya anak kecil ini kepada kenangan itu.. jika mampu anak kecil mengubah semula waktu, akan anak kecil guna sepenuhnya tanpa terbuang 1 saat pun..tapi apakan daya.. waktu tidak mampu diubah..
Sikap muslimah sekarang bukan seperti yang di pesan oleh rasulullah, pakaian mereka, percakapan mereka,pergaulan dan sebagainya. Teringat anak kecil kejahilan yang berlaku dalam diri anak kecil... tidak layak rasanya berada di bumi yang gah ini.. tetapi kakak sumarni pernah berpesan, jika kamu kata kamu tidak layak berada di bumi kamu tetap harus meneruskan hidup, tak kan kamu mahu pergi planet lain pula.
Aku akur.. apa yang dikatakan kakak su memang betul, sejak itu, anak kecil selalu muhasabah diri. anak kecil harus banyak menghadap ALLAH bukan mengeluh kepada manusia.
Memori sewaktu anak kecil mengaji di baitulquro, meningatkan anak kecil kepada ustaz zul.. kata ustaz, kamu menangis di hadapan manusia kata kamu banyak dosa, takut ALLAH tidak terima taubat, tapi bila dihadapan ALLAH tidak pula kamu menangis.. itu tangisan berpura-pura atau bagaimana..sahabat-sahabat fikirkan lah.. sahabat-sahabat..jaga lah diri mu. ambil la ikhtibar setiap cerita dan nasihat orang lain pada kita. Buangkan sifat ego kita, bak cerita Akhi Abdillah..pegangan seorang peniaga barat setiap yang hidup pasti akan mati. bergitu lah kita..ego lah sejauhmana pun,bencilah sekuat mana pun, marah la bertahun-tahun pun.. kita tetap akan menempuh ajal.
jadi dari mana pun datangnya pesanan dan nasihat itu,ambillah untuk peneraju perubahan dalam diri kita.


beritahu pada muslimah itu


Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca,
tersentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu,
jaga tutur kata,
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu,
jaga tingkah laku,
harga diri letaknya disitu,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu,
jaga pakaian,
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
dimana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...DIA ORANG ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu,
simpan secebis malu
kerana malu itu,
sebahagian dari iman.

wallahualam.. sahabat-sahabat,janganlah pandang pada keburukan diri anak kecil,tapi ambil lah ikhtibar yang anak kecil berikan untuk perubahan di masa akan datang.. salam wahdah dari anak kecil buat semua.

BICARA ANAK KECIL BERMULA DISINI..

Assalammualaikum...

Tekanan, persekitaran dan perubahan kehidupan memanggil anak kecil ini mencoretkan sedikit tatapan untuk semua. Tidak pernah terdetik di lubuk hati untuk meluahkan coretan-coretan kehidupan yang sedang dilalui. Namun, apabila pen di letakan di kertas,tanpa diminta mata pena terus mula mengorak langkah. lantaran itu, terpancar idea-idea yang tidak pernah difikirkan.
Benar kata emak,tiada siapa yang faham apa yang kita fikirkan. Hanya Allah yang maha mengetahui. coret lah sebanyak mana yang kita mampu,hakikatnya orang yang membaca hanya mampu membaca..tidak mampu merasakan gurisan-gurisan hati yang kita lalui..
Sedang diri berfikir menuju kehadapn, lantas jari jemari menyambung tugas pena menaip satu persatu huruf di dashboard.. dalam keperitan ini, tergerak dihati anak kecil ini pasti mampu membuatkan para pembacanya mengambil ikhtibar setiap coretan.
Anak kecil mohon didoakan agar ALLAH membimbing hati ini ke jalan yang diredhai NYA.
salam pembuka wadah dari anak kecil yang sedang belajar

YA RASULULLAH…

Adakah benar diri ini mencintai rasulullah S.A.W? atau sekadar mengaburi mata manusia dan menipu hati sendiri.

Dari kejauhan, kelihatan social berleluasa, perjudian berlaku didepan mata, pembunuhan bagai satu perkara biasa menjadi amalan manusia. Bila diri tersiksa, tertekan kita menjadikan bunuh diri sebagai penyelesaian.

Aduh !!..menitis air mata,sedih… jika rasulullah masih ada pasti baginda menangis melihat keadaan umatnya zaman sekarang. Rasulullah bertarung nyawa untuk menegakkan panji-panji islam. Dari pada agama islam itu dagang (asing) dan perginya juga dagang (asing). Namun, tidak semua orang menghargai perjuangan rasulullah .

Bagaimana sebenarnya kasih kita kepada rasulullah? Ingatkah kita kepada baginda? Baginda sebelum wafat masih memikirkan perihal umatnya. Cinta baginda yang bergitu tinggi kepada umatnye amat tiada tandingannya. Namun, lain pula balasan yang di berikan oleh umat Muhammad kepada baginda. Cintakah kita jika sunnahnya kita tinggalkan? Cintakah kita jika selawat kepada baginda hanya sekali dua? Cintakah kita jika tertawa melihat baginda dihina oleh orang lain?

Ummati, ummati, ummati?...itulah bibit-bibit perkatan yang baginda katakan sewaktu detik-detik kewafatan baginda.

Sahabat-sahabat, kita muhasabah diri kita… rasulullah juga menitiskan air mata hanya kerana umatnya. Kita ini jauh sekali untuk menitiskan air mata membaca dan mengingati jihad rasulullah. Jika kekasih hati(PAKWE/MAKWE) melukakan hati kita, sampai sebulan pun kita sanggup menangis,sanggup tak makan..almaklum la frust sangatkan. Tapi,kenapa apabila tentang rasulullah tidak terdetik kepiluan di hati. Adakah hati ini sudah menjadi hitam dan keras akibat melakukan perkara-perkara dilarang ALLAH atau tidak melakukan sebarang ibadah kepada ALLAH?

Jika tadi saya katakan kerisauan baginda kepada umat sewaktu hampir wafat,kini, mari kita sama-sama lanjutkan bacaan dan tarbiyah hati, kita lihat pula sewaktu semua manusia dibangkitkan termasuk rasulullah, baginda masih bertanya tentang umatnya, sehingga menitiskan air mata melihat pelbagai kesan kepada umatnya atas setiap perbuatan mereka.

Dari Usman bin Affan dari Abbas

Rasulullah :

Aku adalah orang yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan membuang tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata, ‘Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahwa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah serta dibenarkan oleh para rasul’.”

Ibnu Abbas : Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad. Malaikat Jibril akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian surga.”

Malaikat Jibril : “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad?”

Bumi : “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganungku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad.”

Rasulullah : ‘Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil : Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah berdiri, beliau telah membuang tanah di atas kepala dan janggut beliau. Rasulullah melihat kanan dan kiri. Beliau dapati, tiada lagi bangunan. Beliau menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Malaikat Jibril : Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah di tempat yang luas.”

Rasulullah : “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril : “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah.”

Rasulullah : Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril : “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Rasulullah : Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibril : Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Rasulullah : Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril : Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”

Rasulullah : Niscaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril : Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Malaikat Jibril datang bersama Buraq ke arah Rasulullah. Buraq meronta-ronta,

Jibril : “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah? Sudahkah Allah perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”

Buraq : “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki surga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah akan datang pada hari ini dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Rasulullah : “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, niscaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan Rasulullah menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Rasulullah berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih,…

Malaikat Israfil : Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Allah Yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Dengan demikian, tersusunlah tulang-tulang, urat-urat memanjang, daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebagian mereka akan kekal ke atas sebagian tubuh tanpa roh

Allah berfirman, “Wahai Israfil! Tiup sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izin-Ku akan penghuni kubur. Sebagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil menjerit, “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuhmu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Allah.”

Allah berfirman, “Demi keagungan dan ketinggian-Ku! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Rasulullah duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Rasulullah merupakan satu umat. Rasulullah berhenti memerhati ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril : “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.Setiap kali Rasulullah berjumpa satu umat baginda akan bertanya… “Di mana umatku?”

Jibril berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila nabi Isa datang, Jibril menyeru, “Tempatmu!” Maka nabi Isa dan Jibril menangis.

Rasulullah : “Mengapa kamu berdua menangis.”

Jibril : “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Rasulullah bertanya, “Di mana umatku?”

Jibril : “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Rasulullah menangis

Rasulullah : , “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril menjawab, “Lihatlah mereka wahai Muhammad!”

Apabila Rasulullah melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada beliau dengan apa yang telah Allah muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan beliau. Rasulullah juga gembira terhadap mereka.

Rasulullah bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru, “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.

Rasulullah : “Wahai umatku.”

Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah seruan yang menyeru, “Di mana Jibril?”

Jibril : “Jibril di hadapan Allah.”

Allah berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi, “Di mana umat Muhammad?”

Jibril : “Mereka adalah sebaik umat.” Allah berfirman, “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasih-Ku Muhammad bahwa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapan-Ku.”

Malaikat Jibril kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah.”

Rasulullah berpaling ke arah umatnya lalu berkata

Rasulullah : “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah.”

Orang-orang yang berdosa menangis karena terkejut dan takut akan azab Allah. Rasululah memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah.

Allah berfirman, “Wahai hamba-Ku! Dengarkanlah kamu baik-baik kepada-Ku tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”

Hamba-hamba Allah terdiam.

Allah berfirman, “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan siapa yang mentaati-Ku. Dan, Aku akan mengazab siapa yang durhaka terhadap-Ku. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka…

Jibril : “Wahai Malik! Allah telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya, “Apakah hari ini?” Jibril menjawab, “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik : “Wahai Jibril! Adakah Allah telah mengumpulkan makhluk?”

Jibril: “Ya!” Malik bertanya, “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata, “Di hadapan Allah!”

Malik :“Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril :, “Aku tidak tahu!”

Malik : menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Anak-anak mulai beruban rambutnya. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Sahabat-sahabat… tidak tersentuhkah di lubuk hati kita membaca rasullah menagis hanya kerana umat yang di kasihi dan dicintai nya.. kita didunia, suka menfitnah, memperkatakan sesuatu yang tidak tahu kesahihan sesuatu cerita. Sibuk dengan hal di dunia ini yang hanya sementara. Bayangkan sewaktu kita sedang melakukan dosa belum bertaubat, tiba-tiba kiamat,nauzubillahhiminzalik.. di kumpulan yang manakah kita..

Ayuh sahabat kita tambah ilmu agama kita, jangan la kita sesekali mundur mendengar hinaan orang lain di telinga kita.. kita baru di herdik bodoh..xda akal kea pa korang ni.. tp rasulullah.. di campak najis, diludah, dihina, dicaci.. bertapa tabah jiwa baginda. Oleh itu sahabat-sahabat marilah kita sama-sama muhasabah diri kita bersama agar sentiasa berada di landasan yang betul. Mudah-mudahan kita dapat bertemu rasulullah di akhirat kelak dan mendapat syafaat rasulullah. insyaALLAH.. ingat sahabat-sahabat,dapatkan syafaat rasulullah. syafaatnya itu berlaku umtuk umat rasulullah yang mengikuti sunnahnya. Bila kita lihat orang menyampaikan dakwah kita kata “yeke dijamin syurga”...ingin saya ingatkan siapa kita nak menghukum manusia, siapa kita nak tentukan sesorang itu letaknya di syurga atau neraka… renungkan sahabat. Bina lah cinta kita pada rasulullah, tambah kan kasih sayang kita lebih kepada rasulullah daripada artis-artiis yang tidak pernah kita kenali latar belakangnya.. ambil renungan, untuk perubahan di masa akan datang.. assalammualaikum.. salam wahdah dari anak kecil.