Dari kejauhan, kelihatan social berleluasa, perjudian berlaku didepan mata, pembunuhan bagai satu perkara biasa menjadi amalan manusia. Bila diri tersiksa, tertekan kita menjadikan bunuh diri sebagai penyelesaian.
Aduh !!..menitis air mata,sedih… jika rasulullah masih ada pasti baginda menangis melihat keadaan umatnya zaman sekarang. Rasulullah bertarung nyawa untuk menegakkan panji-panji islam. Dari pada agama islam itu dagang (asing) dan perginya juga dagang (asing). Namun, tidak semua orang menghargai perjuangan rasulullah .
Bagaimana sebenarnya kasih kita kepada rasulullah? Ingatkah kita kepada baginda? Baginda sebelum wafat masih memikirkan perihal umatnya. Cinta baginda yang bergitu tinggi kepada umatnye amat tiada tandingannya. Namun, lain pula balasan yang di berikan oleh umat Muhammad kepada baginda. Cintakah kita jika sunnahnya kita tinggalkan? Cintakah kita jika selawat kepada baginda hanya sekali dua? Cintakah kita jika tertawa melihat baginda dihina oleh orang lain?
Ummati, ummati, ummati?...itulah bibit-bibit perkatan yang baginda katakan sewaktu detik-detik kewafatan baginda.
Sahabat-sahabat, kita muhasabah diri kita… rasulullah juga menitiskan air mata hanya kerana umatnya. Kita ini jauh sekali untuk menitiskan air mata membaca dan mengingati jihad rasulullah. Jika kekasih hati(PAKWE/MAKWE) melukakan hati kita, sampai sebulan pun kita sanggup menangis,sanggup tak makan..almaklum la frust sangatkan. Tapi,kenapa apabila tentang rasulullah tidak terdetik kepiluan di hati. Adakah hati ini sudah menjadi hitam dan keras akibat melakukan perkara-perkara dilarang ALLAH atau tidak melakukan sebarang ibadah kepada ALLAH?
Jika tadi saya katakan kerisauan baginda kepada umat sewaktu hampir wafat,kini, mari kita sama-sama lanjutkan bacaan dan tarbiyah hati, kita lihat pula sewaktu semua manusia dibangkitkan termasuk rasulullah, baginda masih bertanya tentang umatnya, sehingga menitiskan air mata melihat pelbagai kesan kepada umatnya atas setiap perbuatan mereka.
Aku adalah orang yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan membuang tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata, ‘Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahwa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah serta dibenarkan oleh para rasul’.”
Allah berfirman, “Demi keagungan dan ketinggian-Ku! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Jibril : “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.Setiap kali Rasulullah berjumpa satu umat baginda akan bertanya… “Di mana umatku?”
Jibril berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa datang, Jibril menyeru, “Tempatmu!” Maka nabi Isa dan Jibril menangis.
Rasulullah : “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril : “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Rasulullah bertanya, “Di mana umatku?”
Jibril : “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Rasulullah menangis
Rasulullah : , “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril menjawab, “Lihatlah mereka wahai Muhammad!”
Apabila Rasulullah melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada beliau dengan apa yang telah Allah muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan beliau. Rasulullah juga gembira terhadap mereka.
Rasulullah bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru, “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.
Rasulullah : “Wahai umatku.”
Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah seruan yang menyeru, “Di mana Jibril?”
Jibril : “Jibril di hadapan Allah.”
Allah berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi, “Di mana umat Muhammad?”
Jibril : “Mereka adalah sebaik umat.” Allah berfirman, “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasih-Ku Muhammad bahwa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapan-Ku.”
Malaikat Jibril kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah.”
Rasulullah berpaling ke arah umatnya lalu berkata
Rasulullah : “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah.”
Orang-orang yang berdosa menangis karena terkejut dan takut akan azab Allah. Rasululah memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah.
Allah berfirman, “Wahai hamba-Ku! Dengarkanlah kamu baik-baik kepada-Ku tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah terdiam.
Allah berfirman, “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan siapa yang mentaati-Ku. Dan, Aku akan mengazab siapa yang durhaka terhadap-Ku. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka…
Jibril : “Wahai Malik! Allah telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya, “Apakah hari ini?” Jibril menjawab, “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik : “Wahai Jibril! Adakah Allah telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril: “Ya!” Malik bertanya, “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata, “Di hadapan Allah!”
Malik :“Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril :, “Aku tidak tahu!”
Malik : menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Anak-anak mulai beruban rambutnya. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Sahabat-sahabat… tidak tersentuhkah di lubuk hati kita membaca rasullah menagis hanya kerana umat yang di kasihi dan dicintai nya.. kita didunia, suka menfitnah, memperkatakan sesuatu yang tidak tahu kesahihan sesuatu cerita. Sibuk dengan hal di dunia ini yang hanya sementara. Bayangkan sewaktu kita sedang melakukan dosa belum bertaubat, tiba-tiba kiamat,nauzubillahhiminzalik.. di kumpulan yang manakah kita..
Ayuh sahabat kita tambah ilmu agama kita, jangan la kita sesekali mundur mendengar hinaan orang lain di telinga kita.. kita baru di herdik bodoh..xda akal kea pa korang ni.. tp rasulullah.. di campak najis, diludah, dihina, dicaci.. bertapa tabah jiwa baginda. Oleh itu sahabat-sahabat marilah kita sama-sama muhasabah diri kita bersama agar sentiasa berada di landasan yang betul. Mudah-mudahan kita dapat bertemu rasulullah di akhirat kelak dan mendapat syafaat rasulullah. insyaALLAH.. ingat sahabat-sahabat,dapatkan syafaat rasulullah. syafaatnya itu berlaku umtuk umat rasulullah yang mengikuti sunnahnya. Bila kita lihat orang menyampaikan dakwah kita kata “yeke dijamin syurga”...ingin saya ingatkan siapa kita nak menghukum manusia, siapa kita nak tentukan sesorang itu letaknya di syurga atau neraka… renungkan sahabat. Bina lah cinta kita pada rasulullah, tambah
No comments:
Post a Comment