Tekanan, persekitaran dan perubahan kehidupan memanggil anak kecil ini mencoretkan sedikit tatapan untuk semua. Tidak pernah terdetik di lubuk hati untuk meluahkan coretan-coretan kehidupan yang sedang dilalui. Namun, apabila pen di letakan di kertas,tanpa diminta mata pena terus mula mengorak langkah. lantaran itu, terpancar idea-idea yang tidak pernah difikirkan.
Benar kata emak,tiada siapa yang faham apa yang kita fikirkan. Hanya Allah yang maha mengetahui. coret lah sebanyak mana yang kita mampu,hakikatnya orang yang membaca hanya mampu membaca..tidak mampu merasakan gurisan-gurisan hati yang kita lalui..
Sedang diri berfikir menuju kehadapn, lantas jari jemari menyambung tugas pena menaip satu persatu huruf di dashboard.. dalam keperitan ini, tergerak dihati anak kecil ini pasti mampu membuatkan para pembacanya mengambil ikhtibar setiap coretan.
Anak kecil mohon didoakan agar ALLAH membimbing hati ini ke jalan yang diredhai NYA.
salam pembuka wadah dari anak kecil yang sedang belajar
kita harus ubah cara hidup kita kepada yang lebih baik kerana kita contoh kepada semua.letakkan islam itu diatas. kita tidak mampu mengubah keadaan diatas tapi kita mampu mengubah apa yang kita perolehi. wahai tuhan kami,janganlah engkau pesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya.
Thursday, March 4, 2010
BICARA ANAK KECIL BERMULA DISINI..
Assalammualaikum...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment